hari ni matahari sudah menampakkan diri..saya pasti salji akan mula cair perlahan2.. anak2 tak boleh ke sekolah lagi..sekolah ditutup kerana salji lagi..tinggal la anak2 dengan saya..biasanya ada maryam dan fateh je..tapi hari ni ada semua.rumah seperti biasa akan riuh rendah walaupun mereka perempuan.. jangan terkejut kalau dengar fateh menjerit. :surprised: gara2 terbiasa mendengar maryam menangis sampai terjerit2..sekarang dia pun turut mengikut sama suka menjerit..tapi dengan umminya saja dia berani jerit..dengan saya dia adalah seorang anak yang baik..mana tak baiknya..sekali saya jegil mata terus diam.. mana berani dia buat perangai..hahaha..
memandangkan salji dah mula cair..terdengar2 titisan salji mencair menjadi air..sedih.. rasa tak puas bermain dengan salji lagi..apakan daya..semuanya sudah ditentukan..jadi saya bercadang nak keluar berjalan menikmati suasana salji cair..
memandangkan ada anak2 kena la angkut semua sekali..maryam tak sempat jalan lagi dah jatuh depan rumah. salji bila dah keras memang akan menjadi licin..
kami mulakan jalan2 menghala ke arah sungai..sampai kat tepi sungai ramai jugak orang tempatan bermain dengan salji lagi..terutamanya anak2 yang tidak bersekolah..kami pun tak lepaskan peluang bermain snowfight.. yang paling sakan semestinya fatimah..tak cukup dia baling..siap tempek2 salji kat coat saya... dah penat main salji..sebenarnya tak penat tapi sejuk.. kami menyambung jalan2 menuju arah tasik..sambil jalan dengar fateh menyanyi2 keriangan. walaupun tak paham dia cakap apa tapi saya tahu dia seronok..
sampai di tasik sekali lagi kami dihidangkan dengan panorama air tasik membeku..banyak burung2 dan itik angsa berdiri di atas kepingan ais yang mengeras..saya tak sempat habiskan pusing satu tasik bila fateh dah mula keletihan.. dia mintak dukung..kesian jugak..anak2 yang lain pun dah tak larat nak berjalan..masing2 penat + sejuk..jadi kami pun patah balik pulang ke rumah..
sampai rumah fateh pulak menangis kesejukan.. sampai terjatuh2 tak boleh jalan..sian sangat..cepat2 saya bukak coat dgn stokin..pujuk2 dia diam..tak lama lepas tue dah nampak mata dia layu..memang time ni fateh tido..ditambah dengan penat berjalan..saya letak je atas katil terus lena..dah siap setelkan anak2 semua..yang besar solat yang kecil dah senyap tido..saya pun naik atas nak sediakan makan tengahari..hari ni kitorang makan pizza dengan fish n chip je.. masuk dalam oven tak payah leceh2 nak masak.. ..siap masak fatimah dgn syakirah makan dulu..dah sudah makan masing2 dah kekenyangan..masa tu fateh dengan maryam bangun pulak.. memandangkan kakak2nya ada saya suruh dorang jaga fateh sementara saya solat..
ok..itu saja untuk hari ini..esok semestinya salji semakin mencair..bila la pulak salji nak turun lagi..
moga2 Allah memberi peluang lagi untuk salji turun di london sebelum musim bunga menjelmakan diri..ameen..
alamak salji dah nak cair ke...gee baru nak terbang ke sana..hihihi..gurau jerrr
jeless lah tgk u all main salji.. gee ni penah main salji kat genting highland jerr;-)