alamakk.. fp tak leh nak masukkan gambar pulak tapi tak pa..anda semua kan rajin.kali ni anda baca dulu cerita saya..lepas ni sudi2 la jenguk sekali lagi untuk tengok gambar..
lepas puas menikmati pemandangan salji di waktu pagi..saya pun masuk ke dalam rumah..tak ke mana pun..setakat luar rumah je..snap gambar pastu masuk..tak tahan sejuk..dah la tak pakai glove..saja wat aniaya badan..tapi kalau pakai glove tak syok nak amik gambar..
masuk je rumah dah riuh anak2 bangun.. yang kakak dengan fatimah dok standby pakai baju sekolah nak ke sekolah..akhi fauzi dah keluar nak ke ofis..tapi tak lama lepas tue akhi fauzi call rumah..minta tolong kak ct hantar ke tube station..bas xde hari nie..bila check transport semua tergendala.. rupa2nya salji tebal..semua orang terkandas nak ke pejabat..akhi fauzi pun terpaksa la ambik emergency leave..lepas tue kak ct call sekolah..sekolah pun ditutup..apa lagi anak2ku dah menjerit keseronokkan la..
sekarang tinggal kak ct je yg kena g kerja..ikutkan jadual kak ct ada klinik jam 12 tgahari ja.so,akhi fauzi ajak p main slide..dalam perjalanan nak p main slide setiausaha kak ct call..katanya tak payah datang klinik..apa lagi..tambah seronok la kitorang..
bila baca berita..rupanya semua orang terpaksa mengambil cuti kecemasan gara2 salji tebal yg mana pengangkutan awam semuanya tidak beroperasi..
sampai je kat bukit..ramai dah orang bermain salji dan slide..yang tak bestnya bila nak main ada pulak anjing yg seekornya hampir2 nak peluk maryam..sian dia.. so kitorang pun cari tempat yang jauh sikit dari orang ramai..
memang tempat tue takde sapa pun yang main..hanya kami je yg conquer.tapi tak lama lepas tu mula la ramai orang yang menempek kat tempat kami..memandangkan kami dah puas main..dan anak2 pun dah tak tahan kesejukan,kami pun beredar pulang..
dalam kereta maryam dah menangis tak tahan sejuk.. alhamdulillah bawak bekal teh panas..dapat la panaskan badan sekejap sementara nak sampai rumah..
ini cerita pagi sahaja..akan bersambung part 3 di mana adegan snowman bermula...
SAYA SAYANG KAMU TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGUK FP SAYA