Want your
own Fotopage?






 


By: fazlinil irma mohamed aki

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Jan-2009 23:26 Email | Share | | Bookmark
sedapnya...!




ateh dgn lasagna..sebelom balik malaysia..ummi cakap kat malaysia jangan mintak lasagna..MAHAL

ala comot nya dia hehehe...
tapi comel sangat
boleh aunty ct rasa sikit tak hehehe, bila dah sedap comot pun jd comel kan
Tue 27-Jan-2009 07:15
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
comotnya, anak sapa la ni Tue 27-Jan-2009 15:36
Posted by:suhaimi b.sabli  - [Link]
baguih nak...hang suap kut idung ya... Tue 27-Jan-2009 17:01
Posted by:jebuk711 jebuk711@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 17-Jan-2009 22:13 Email | Share | | Bookmark
KENANGAN 2008-NOTTINGHAM CASTLE

nanti saya ceritakan semula pengalaman berjalan di nottingham..mood saya dah jatuh merudum disebabkan kecuaian diri sendiri.. saya dah menulis dan membebel hampir suku jalan..tetapi disebabkan kecuaian semasa mencari maklumat..saya tertaip di entry fp..terus habis hilang..

jam pun dah menunjukkan pukul 1 pagi..kalau nak mula balik maunya tak habis juga..nak up balik mood menulis dan membebel nie..so..kita jumpa di lain hari


jadi hari ni ada gambar saja tanpa cerita..saya memang dah semangat nak bercerita tapi takde rezeki..

apa pun...


saya sayang kamu




















































bestnya dapat berjalan di negara orang...luas pandangan... Tue 27-Jan-2009 17:00
Posted by:jebuk711 jebuk711@gmail.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 10-Jan-2009 22:34 Email | Share | | Bookmark
::seminggu yang melucukan::




dah hampir seminggu kak ct dan family balik dr malaysia..seronok bila rumah kembali riuh dengan suara anak2..lagi2 si maryam dan fateh..mereka semakin kurus bila kembali dr malaysia..kak ct bagitau..kat malaysia tak nak makan..senang cerita susah nak makan..misi ku untuk tahun baru ini adalah mengembalikan kecomelan mereka

yang paling seronok ialah apabila mereka mula bercakap..nak tergelak pun ada..mereka bercakap dengan slang melayu baku.. nampak sangat ketara di hari pertama..mereka membiasakan diri dengan panggilan 'kita'...

contohnya-'kita pergi macam2 tempat..seronok sangat..!'

kalau dengar fatimah cakap lg nak tergelak melayu campur london..nasib saya kontrol lagi ketawa..bila teringat balik mmg nak tergelak..

dengan maryam pulak lawaknya..dia nak cakap melayu tapi perbendaharaan kata dia kurang.. macam2 la perkataan yang disalahgunakan..

fateh pun dah pandai cakap..masa mula2 jumpa balik malu2 nak senyum..dalam hati rindu tapi malu..bila dah lama sikit dia dah rasa selesa..dia datang2 terus peluk2..suka bila dia panggil saya..'ma'..tak nampak bayang saya mula la mulut tue memanggil..'ma'...

tapi bila dah seminggu kurang dah slang melayunya..dah balik kepada slang biasa..lama2 nanti hilang la bunyi melayu bakunya...masa tue dah tak leh senyum2 la bila dengar dorang bercakap..

minggu depan dah start hantar maryam ke nursery..dalam musim sejuk sekarang malasnya nak keluar.. badan pun tak sihat lagi..virus selsema dan batuk mudah menyerang..agaknya dah habis antibodi dalam badan nie

masih banyak lg koleksi gambar semasa bercuti yg tak diupload..segan nak menulis cerita..insyaallah panjang umur dan hilang rasa malas saya akan sambung bercerita

jumpa lagi..saya sayang kamu


[img]

bila nak update ni Irma... Thu 15-Jan-2009 10:09
Posted by:~ niza et sofia ~  - [Link]
hi irma...salam perkenalan gak...
same2 jd photomama yg vogue...hihihii
Fri 16-Jan-2009 00:55
Posted by:Jaja Ibu AlyaNabihah  - [Link]
huhuhu irma....
lama tak dengaq cerita....
apa khabaq?
come budak2 atas tu.. anak sapa?
Fri 16-Jan-2009 12:10
Posted by:RazaQQ dreamcast8280@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Sunday, 4-Jan-2009 20:35 Email | Share | | Bookmark
cuti dah berakhir..




sekejap masa berlalu..30 hari seperti 3 jam ja lamanya..cheh..dah habis pusing notts dgn manchester tak puas2 lagi ke cik irma..hehee...

alhamdulillah...esok andai umur panjang..kak ct dan family akan sampai dr malaysia..mungkin dalam pukul 2 atau 3 petang kalau kapal terbang tak delay..

yang seronoknya tak sabar jugak nak tunggu baju dan novel baru dr mak..ucapan terima kasih tak cukup untuk membayar kasih sayang seorang mak pada anaknya..walau berjauhan pada saat ini,tapi hasil jahitan baju mak masih lagi dapat aku pakai...

tak sabar jugak rasanya nak tengok rupa mereka selepas sebulan berlalu..makin kurus atau berisi..mulai esok rumah ini akan riuh kembali dengan suara tawa mereka..tak lagi kesunyian..sampai boleh dengar orang dr rumah sebelah bergerak..kadang2 menyeramkan...rumah 3 tingkat tp penghuninya seorang sahaja...alhamdulillah sy berjaya mengharunginya walaupun ada insiden2 yg menakutkan berlaku... semuanya dapat diatasi dengan baik..

ok..selamat malam semua..

saya sayang kalian

assalamualaikum,
salam kenal dari ct dan suami di love lane...
betul tu kalau cuti jer mesti cepat jer masa berlalu cuba kalau kita kerja punya lama rasa nya kan...
Thu 8-Jan-2009 02:26
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
bila kak siti nak blk uk? so.. dah start keja la ni. Fri 9-Jan-2009 01:14
Posted by:nana anak.gajah@gmail.com  - [Link]
RE:BILA PI TANJUNG DAWAI TU??? Fri 9-Jan-2009 05:13
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Thursday, 1-Jan-2009 21:17 Email | Share | | Bookmark
manchester- malamnya di trafford centre

 
 
 
View all 57 photos...
selesai sudah jalan2 di MU stadium kak che na bawak kami berjalan ke trafford centre pulak..TC nie antara tempat membeli belah yang terbesar di UK selain dari Bluewater,MetroCentre dan MerryHill..

masa kitorang sampai dah malam..tapi nampak la jugak senibina luaran dia macamana..kalau kat malaysia macam sunway pyramid..lagi la sekarang dah dekat christmas..banyak lampu menghiasi TC nie..cantik la jugak..tapi rasanya mall kat malaysia lagi best kot..hehee..kena dengan poket saya..

sampai2 kami cari tempat nak makan..kak che na dah beli chicken dengan fries..nak makan kat sini ramai2..huhuuu..tak sanggup rasanya..kami tumpang makan kat The Orient area..memang cantik tempat tue..

kat TC ni saya jalan2 cuci mata ja..pastu belanja dorang makan cookies..Millies..sedap..tue pun sebab dengar kak che na kata dia suka makan cookies..so saya belanja benda yang orang suka makan..nampak enjoy sangat masa dorang makan..

lepas tu kak che na sefamily masuk kedai sport..anak2 dia nak beli set kriket..so saya pun tumpang sekaki tengok apa yang patut..memang banyak sale tapi saya tak minat nak beli..baju kat rumah pun banyak tak terpakai..tengah seronok2 membelek nampak stokin murah+cantik..2 pound je..hehee..so saya ambik 2..tue je la yang saya beli pun..kalau nak shopping lagi pun saya tunggu boxing day nanti..

last sekali sebelum balik kitorang jamu mata dekat pancutan air yang keluar dari mulut dolphin.. cantik + unik..

ok..itu saja..selamat menjamu mata dengan gambar2 yang diambil


Care to comment?


Thursday, 1-Jan-2009 16:32 Email | Share | | Bookmark
manchester united stadium part 3

 
 
 
View all 45 photos...
ini bahagian ketiga..

selepas menjelajah bilik persalinan pemain kami dibawa keluar melalui tunnel player..kami diberi peluang keluar seperti pemain dengan bunyi sorakan yang keluar dari speaker..

kemudian lawatan kami diteruskan ke tempat pemain2 dan orang2 kuat MU duduk semasa perlawanan..

kemudian dah habis pusing2 satu stadium nak jadikan cerita masa nak kuar pintu last..saya orang terakhir kat belakang..kononnya nak ambik gambar lambang MU ucap terima kasih sbb melawat stadium depa..tengah2 dok snap gambar pintu keluar tertutup..bila saya nak bukak tak boleh..huuaarghh...menjerit saya dalam tue sorang2 sambil ketuk2 pintu..lama jugak la saya menjerit dalam 10 minit rasanya..nak menangis tapi tak kuar airmata..mulut nie tak henti cakap help me open the door..nak cakap melayu sampai mati pun orang tak bukak..hahaaa..tak lama lepas tue dengar orang luar cakap..wait honey..they find the key to open the door..alhamdulillah..ada orang dengar jeritan aku..bila keluar rupanya pintu tue jauh jugak dengan orang ramai..nasib ada family yang tengah dok tengok2 jersey..maybe dorang yang panggil manager bukak pintu..

lega bila dapat kuar..terus cari husna..dia pun tak perasan saya hilang..dia ingat saya dok jalan2 sorang2..

itula kenangan saya di MU stadium..takut oo..last lawatan adalah kedai yang jual barang2 MU.. saya tak beli apa pun sbb MAHAL..lagipun saya bukannya minat MU..heheee..tapi nak jadi cerita saya beli gak topi Mu tapi bukan kat sini kat kedai sports sbb tengah sale..jimat 7 pound..

ok sekali lagi enjoy the pics

hehehe.. klakar jgk baca crita irma Mon 12-Jan-2009 12:49
Posted by:k syam syams_tih@yahoo.com
Add comment


Thursday, 1-Jan-2009 15:38 Email | Share | | Bookmark
manchester united stadium part 2

 
 
 
View all 27 photos...
kali ni saya di bawa ke bilik persalinan pemain..di sini terdapat ke semua 22 jersey pemain MU yang di gantung satu persatu..selain itu kami di beri peluang melihat tempat pemain2 berehat sebelum perlawanan bermula..

maaf ye saya tak pandai nak cerita lebih2 pasal bola nie..sama la macam MU nie..saya p pun sbb dah alang2 datang manchester..

jadi anda enjoy la ye gambar yang saya ambil..

Care to comment?


Thursday, 1-Jan-2009 12:56 Email | Share | | Bookmark
hari ketiga-manchester united stadium part 1

 
 
 
View all 40 photos...
hari ketiga saya berjalan ke manchester united stadium dan malamnya kami ke trafford centre..
seronoknya berjalan pada masa sekarang kerana christmas hampir tiba..shopping complex di hias dengan meriah..macam2 bentuk dan rupa hiasan di mall..lagi yang di tunggu ialah semestinya sale dan boxing day..

MU stadium..saya peminat MU ke..hehee..tak la..sejujurnya saya tidak mengenali semua pemain MU dan mengetahui tentang bola..kalau yang famous macam david beckham atau ronaldo saya tahu la.. yang lagi detail saya tak tahu..bila dah datang manchester ni..memang MU stadium salah satu tempat yang WAJIB kena pegi..kalau tak pegi smestinya RUGI sangat la kan..heheee..

yang semestinya kalau anda fan MU mesti berganda-ganda seronok + teruja bila berada di sana..

so..apa pun tengok la gambar2 yang diambil semasa saya di sana..best..!

memandangkan saya mengikuti tour jadi banyak gambar yang diambil..jadi ini adalah bahagian pertama di mana saya di bawa melawat kawasan stadium dan kemudiannya diterangkan tentang tragedi kemalangan kapal terbang yang meragut sebahagian nyawa pemain MU pada tahun 1958 di munich..


Care to comment?


Thursday, 1-Jan-2009 01:58 Email | Share | | Bookmark
hari kedua di manchester..

 
 
 
View all 60 photos...
nampak gayanya saya menulis cerita 2008 di tahun baru..hehee..

hari kedua saya dan husna berada di rumah kak che na..di sini suasana lebih meriah dengan kehadiran anak2 kak che na terutamanya aiman dan maryam..bila dah lama tak bersua terasa kelainan pada wajah aiman..dia semakin dewasa dan berisi sedikit..suka tengok dia..GERAM..!

hari ni kak che na bawak kami berjalan ke manchester arndale..sebuah pusat membeli belah yang ada di sini..selepas itu,kami di bawa berjalan mengelilingi bandar manchester..seronoknya berjalan di sini disebabkan ralit melihat bangunan2 lama yang masih terpelihara..struktur bangunan masih lagi kukuh dan tegap berdiri walaupun memakan masa beratus2 tahun..

selain itu kelainan yang ada di sini ialah sistem pengangkutannya menggunakan tram selain dari bas..
saya hampir di langgar tram kerana terlampau asyik mengambil gambar sehingga tak perasan berada di laluan tram..nasib mereka menegur saya bila tram hampir tiba..

hari kedua kak zu sampai di manchester..malamnya kami berjalan ke moonlight..kalau dtg ke manchester ni rasanya tak sah kalau tak p makan aiskrim kat sana..masa mula2 sampai orang ramai sangat..nak masuk pun tak leh..so kami jalan dulu round kedai2 kat sana..mcm2 ada..kebanyakan kedai halal..untung student msia yg dok kat sini..senang dapat makanan halal..dah habis pusing jamu mata kami patah balik ke moonlight..masuk tue tengok kat peti dia ada mcm2 perisa..sampai tak tau nak campur apa..service mmg cepat..yg paling best malam tue kak zu belanja kami semua makan aiskrim..orang belanja memang sedap..heheee..tengah dok syok makan aiskrim jumpa la student msia yg datang nak makan aiskrim jugak..riuh sekejap kedai tue dengan gelagat kami..

oh..lupa..masa kami dok jalan2 sebelum makan aiskrim..kak zu terliur nak makan ayam golek..so,masa balik kak che na singgah beli seekor..kononnya nak makan masa balik..tapi sampai rumah sume dah kekenyangan..jadi la ayam tue lauk utk breakfast esoknya..


Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru!! Thu 1-Jan-2009 12:14
Posted by:Idzwanjunaidi  - [Link]
Add comment


Wednesday, 31-Dec-2008 17:25 Email | Share | | Bookmark
mulanya di sini..

 
 
 
View all 27 photos...
saya memulakan perjalanan percutian ke manchester pada 21 dis 08 di london euston jam 10.20 pg.
pada mulanya perjalanan saya akan ditemani oleh dua orang kawan tetapi pada akhir masa hanya seorang sahaja yang bersama saya iaitu husna..

perjalanan kami mengambil masa 2 jam..keretapi berjalan tepat pada masanya..kalau sesapa lewat seminit memang makan asap la jawabnya..

sepanjang perjalanan saya dihidangkan dengan pemandangan yang sangat mengasyikkan..mata tak henti memandang..nasib tak mengantuk..

sampai di manchester piccadily jam 12.20 tengahari..husna minta kawan dia di manchester bawak kami jalan2..tak lama kemudian nampak kelibat effa sampai.terus dia bawak kami ke rumah ecot untuk solat dan makan tengahari..kami hanya berjalan kaki sepanjang menyusuri bangunan dan kawasan U..nak naik bas pun tak berbaloi..sekejap je..

malam tue kak che na ambik kami untuk bermalam di rumahnya..

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.