By: fazlinil irma mohamed aki

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 8-Apr-2009 23:02 Email | Share | | Bookmark
Sudah Lama Berpindah

Assalamualaikum..

Kepada semua tetamu yang mengunjungi fp saya yang tak seberapa ada ni..hehhe

Saya sudah berpindah ke teratak baru. Sudi-sudikanlah diri menziarahi rumah baru saya..

Sila-silakanlah yer...

http://irmadilondon.blogspot.com

Nanti tinggalkan jejak anda di sana. Boleh la saya membuat kunjungan balas.

wassalam..

Saya Sayang Kamu..


Thursday, 5-Feb-2009 22:09 Email | Share | | Bookmark
****Sampaikan Dariku Walaupun Satu Ayat****

 
 
 
View all 20 photos...
Saya kongsikan bersama kalian beberapa hadith mengenai Al-Quran.


Rasulullah SAW bersabda, “ Bacalah al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf daripada bacaanmu dengan 10 kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: " Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya
besi."

Lalu sahabat-sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: " Membaca al-Quran dan mengingati mati."

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran. Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."

Baginda bersabda lagi: "Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya".





Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.(Surah Ali Imran, Ayat 190-191)



“Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian, dan boleh jadi (pula) kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedang kalian tidak mengetahui.” ( Surah Al Baqarah Ayat 216 )



Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.( Surah Ar-R'ad Ayat 3)



dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
[3]
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. ( Surah At Talaq Ayat 2-3 )




“Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengannya hujan itu buah-buahan yang beranika macam jenisnya. Dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang bereneka macam warnanya(dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”.( Surah Al Fathir Ayat 27 dan 28 )




Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
[13]
Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. ( Surah Al Nahl Ayat 12-13 )



Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. ( Surah Al Israa' Ayat 9 )




Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
[13]
Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).
[14]
(Lalu Kami perintahkan kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)”.
( Surah Al Israa' Ayat 12-14)



Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Surah An Nur Ayat 35 )




Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. ( Surah Al Mulk Ayat 3-6 )




Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
[27]
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ( Surah Luqman Ayat 26-27)



Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). ( Surah Muhammad Ayat 19 )




Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Surah Muzammil Ayat 20 )




Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
( Surah Yasin Ayat 81-83 )



“ Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran”
( Surah Al Asr Ayat 1-3 )




Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.
( Surah Al An'am Ayat 3 )



Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu (Surah Adz Dzariyat, Ayat 56)



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).( Surah Luqman Ayat 14 )



Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. ( Surah Luqman 33 )





Rasulullah S.A.W. bersabda,

“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengan keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan sunnah Rasul ALLAH”

Seorang ulama’ ada berkata,

“ Hidup yang sebenar-benar kehidupan itu, adalah hidup yang bersambung jiwanya dengan ALLAH SWT”





Tuesday, 3-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
****SALJI DAH MULA CAIR****

 
 
 
View all 20 photos...
hari ni matahari sudah menampakkan diri..saya pasti salji akan mula cair perlahan2.. anak2 tak boleh ke sekolah lagi..sekolah ditutup kerana salji lagi..tinggal la anak2 dengan saya..biasanya ada maryam dan fateh je..tapi hari ni ada semua.rumah seperti biasa akan riuh rendah walaupun mereka perempuan.. jangan terkejut kalau dengar fateh menjerit. :surprised: gara2 terbiasa mendengar maryam menangis sampai terjerit2..sekarang dia pun turut mengikut sama suka menjerit..tapi dengan umminya saja dia berani jerit..dengan saya dia adalah seorang anak yang baik..mana tak baiknya..sekali saya jegil mata terus diam.. mana berani dia buat perangai..hahaha..

memandangkan salji dah mula cair..terdengar2 titisan salji mencair menjadi air..sedih.. rasa tak puas bermain dengan salji lagi..apakan daya..semuanya sudah ditentukan..jadi saya bercadang nak keluar berjalan menikmati suasana salji cair..

memandangkan ada anak2 kena la angkut semua sekali..maryam tak sempat jalan lagi dah jatuh depan rumah. salji bila dah keras memang akan menjadi licin..

kami mulakan jalan2 menghala ke arah sungai..sampai kat tepi sungai ramai jugak orang tempatan bermain dengan salji lagi..terutamanya anak2 yang tidak bersekolah..kami pun tak lepaskan peluang bermain snowfight.. yang paling sakan semestinya fatimah..tak cukup dia baling..siap tempek2 salji kat coat saya... dah penat main salji..sebenarnya tak penat tapi sejuk.. kami menyambung jalan2 menuju arah tasik..sambil jalan dengar fateh menyanyi2 keriangan. walaupun tak paham dia cakap apa tapi saya tahu dia seronok..

sampai di tasik sekali lagi kami dihidangkan dengan panorama air tasik membeku..banyak burung2 dan itik angsa berdiri di atas kepingan ais yang mengeras..saya tak sempat habiskan pusing satu tasik bila fateh dah mula keletihan.. dia mintak dukung..kesian jugak..anak2 yang lain pun dah tak larat nak berjalan..masing2 penat + sejuk..jadi kami pun patah balik pulang ke rumah..

sampai rumah fateh pulak menangis kesejukan.. sampai terjatuh2 tak boleh jalan..sian sangat..cepat2 saya bukak coat dgn stokin..pujuk2 dia diam..tak lama lepas tue dah nampak mata dia layu..memang time ni fateh tido..ditambah dengan penat berjalan..saya letak je atas katil terus lena..dah siap setelkan anak2 semua..yang besar solat yang kecil dah senyap tido..saya pun naik atas nak sediakan makan tengahari..hari ni kitorang makan pizza dengan fish n chip je.. masuk dalam oven tak payah leceh2 nak masak.. ..siap masak fatimah dgn syakirah makan dulu..dah sudah makan masing2 dah kekenyangan..masa tu fateh dengan maryam bangun pulak.. memandangkan kakak2nya ada saya suruh dorang jaga fateh sementara saya solat..

ok..itu saja untuk hari ini..esok semestinya salji semakin mencair..bila la pulak salji nak turun lagi..
moga2 Allah memberi peluang lagi untuk salji turun di london sebelum musim bunga menjelmakan diri..ameen..

SAYA SAYANG KAMU..


TERIMA KASEH..JUMPA LAGI.


Monday, 2-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
****SNOWGIRL IN OUR GARDEN****

 
 
 
View all 24 photos...
dah sampai rumah..masing2 pakat kesejukan..tak tahan sangat dah sampai nangis2 si maryam..nak redakan kesejukan dia saya siramkan air panas atas kaki dan tangannya..terus senyap dari nangis siap boleh gelak2 lagi...saja betul budak ni..nak bagi orang geram..

bila dah sejuk mesti lapar..dah setel urusan anak2 terus naik atas masuk dapur..pikir apa yg boleh di masak dalam masa setengah jam..eehhmm..apa lagi..dalam kepala dah terbayang mee sup.. dalam frozen ada mini pizza dgn gingerbread.. tu pun bakar jugak..dengan pantasnya terus letak air nak rebus noodle..sambil tue keluarkan kambing utk buat sup.. keletung..keletang..siap jugak mee sup..sempoi je..selalunya yang sempoi tu licin habis.. fatimah nak makan maggi kari..nasib yg lagi 2 orang tu tak kisah..sebabnya maggi ada satu je..kalau Tak boleh jadi berebut jugak la..

dah kenyang semua..anak2 dah tak sabar nak main kat belakang rumah.. nak buat snowman..dok pujuk saya ajak keluar.. saya pun suruh solat dulu..lepas solat baru kitorang keluar buat snowman..

selepas zohor bermula la aksi anak2 mengumpulkan salji utk buat snowman..dalam dok kumpulkan salji tue sempat lagi anak saya fatimah merajuk.. adoii..gara2 saya tak menolong dia mengumpul salji utk di buat kepala snowman..anak2..lama jugak la merajuk..macam2 perangai yang ditunjuk..geram pun ada jugak.. tapi biar je..malas nak pujuk..lagi dipujuk lagi panjang rajuknya..dah lama lepas kak ct pujuk baru la datang balik mood dia..

lama jugak kami mengerjakan salji belakang rumah..hasilnya adalah snowgirl..fatimah yang bagi nama.. yelakan..sebab yg membuatnya adalah anak2 perempuan yang saya sayang.. dibantu oleh ummi dan saya..

lepas siap bergambar dengan snowgirl..anak2 menyambung bermain salji di luar rumah..macam2 aksi yang dibuat..salah satunya adalah aksi angel snow.. lepas tu kami ambil peluang berjalan2 di sekitar kawasan perumahan..tak lama sebab seperti biasa anak2 dah tak tahan sejuk..

sampai rumah masing2 dah tak larat.. saya pun lekas2 solat asar..lepas tue nak kena masak..petang tue kak ct dengan baik hatinya siapkan bahan2 untuk loncom..sebenarnya saya tak tau pun nak masak loncom..resepi tue kak ct dapat dr malaysia masa balik tahun lepas..saya hanya masak nasi dan jaga daging je..

malam tue salji turun lagi walaupun tak lebat macam semalam..saya pasti esok matahari pasti munculkan diri..maka akan cair lah salji yg tebal itu..

SAYA SAYANG KAMU..
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGUK FP SAYA ...


Monday, 2-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
****Apabila Salji Sudi Menjelmakan Diri****PART 2

 
 
 
View all 61 photos...
alamakk.. fp tak leh nak masukkan gambar pulak tapi tak pa..anda semua kan rajin.kali ni anda baca dulu cerita saya..lepas ni sudi2 la jenguk sekali lagi untuk tengok gambar..

lepas puas menikmati pemandangan salji di waktu pagi..saya pun masuk ke dalam rumah..tak ke mana pun..setakat luar rumah je..snap gambar pastu masuk..tak tahan sejuk..dah la tak pakai glove..saja wat aniaya badan..tapi kalau pakai glove tak syok nak amik gambar..

masuk je rumah dah riuh anak2 bangun.. yang kakak dengan fatimah dok standby pakai baju sekolah nak ke sekolah..akhi fauzi dah keluar nak ke ofis..tapi tak lama lepas tue akhi fauzi call rumah..minta tolong kak ct hantar ke tube station..bas xde hari nie..bila check transport semua tergendala.. rupa2nya salji tebal..semua orang terkandas nak ke pejabat..akhi fauzi pun terpaksa la ambik emergency leave..lepas tue kak ct call sekolah..sekolah pun ditutup..apa lagi anak2ku dah menjerit keseronokkan la..

sekarang tinggal kak ct je yg kena g kerja..ikutkan jadual kak ct ada klinik jam 12 tgahari ja.so,akhi fauzi ajak p main slide..dalam perjalanan nak p main slide setiausaha kak ct call..katanya tak payah datang klinik..apa lagi..tambah seronok la kitorang..

bila baca berita..rupanya semua orang terpaksa mengambil cuti kecemasan gara2 salji tebal yg mana pengangkutan awam semuanya tidak beroperasi..

sampai je kat bukit..ramai dah orang bermain salji dan slide..yang tak bestnya bila nak main ada pulak anjing yg seekornya hampir2 nak peluk maryam..sian dia.. so kitorang pun cari tempat yang jauh sikit dari orang ramai..

memang tempat tue takde sapa pun yang main..hanya kami je yg conquer.tapi tak lama lepas tu mula la ramai orang yang menempek kat tempat kami..memandangkan kami dah puas main..dan anak2 pun dah tak tahan kesejukan,kami pun beredar pulang..

dalam kereta maryam dah menangis tak tahan sejuk.. alhamdulillah bawak bekal teh panas..dapat la panaskan badan sekejap sementara nak sampai rumah..

ini cerita pagi sahaja..akan bersambung part 3 di mana adegan snowman bermula...

SAYA SAYANG KAMU
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGUK FP SAYA



[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net